Wednesday, December 5, 2012

'Do not hear', 'Do not speak' and 'Do not see'.

salam

hari ni baru tengok video uploaded on youtube "Sanzaru by Adam Sinclair"



selama 14:56 duration video ni sepanjang tu jugak lah aku terfikir yang aku ni tergolong dalam orang malaysia yang simpati tapi empati. dulu kat sekolah kitorang diajar supaya 'empati bukan simpati'. empati maksudnya hayati atau selami perasaan orang. tapi dalam konteks 'empati bukan simpati' ni ikut apa yang aku faham ialah kalau contoh ada orang jatuh longkang, kita terus tolong dia. takdelah kita just tengok tapi dok 'eh ala kesiannya dia jatuh longkang' sambil berlalu pergi ataupun buat-buat tak nampak. contoh lagi, bila ada orang tua naik pengangkutan awam dan takde tempat duduk kita just 'alahai kesiannya orang tua tu' tanpa kita bagi dia seat kita dengan harapan orang lain yang akan bagi seat.

time kat Beijing China dulu, tourist guide sana pernah cerita orang-orang kat sana bila nampak orang jatuh tengah jalan ke kene rompak ke dorang tak tolong. first sebab dorang takut tu semua fraud. takpun dorang takut nanti dorang terinvolve sekali dengan masalah orang lain. bila dengar cerita macam dalam hati ni doa sangat kat malaysia tak lah teruk macam tu sekali...

tetiba dang! ada satu berita, tak ingatlah bila dan kat mana jadi. aku dengan abah tengok berita kat tv yang ada sorang autie cina ni kene rompak then kene tendang sampai dia terbaring tak boleh bangun. lepas tu ada orang lalu lalang kat tempat tu.. oh baru teringat! kejadian tu kat kawasan flat. orang yang lalu lalang tu tak tolong langsung auntie tu! time aku dengan abah was like... "Allah! Malaysia dah jadi macam kat Beijing!".

korang mesti pernah dengar/tengok yang pasal budak kene langgar dengan lori yang takde orang tolong budak tu walhal berbelas orang kot lalu kat situ. last-last mak cik cleaner yang tarik budak tu ke tepi then tak lame lepas tu baru mak budak tu datang. tu kat China lagi. alaa ada cerita/video dulu pernah kecoh. tapi takdelah lame sangat dalam tahun ni jugak.

Ya Allah doa sangat kita ni sama-sama jadi orang Malaysia yang nak tolong orang lain. tak nak lah sampai orang buat jahat atau tak betul depan kita pun kita buat tak tahu je. contoh-contoh ni semua ada dalam video Sanzaru ni. kudos to Adam Sinclair who pointing this out.


tak kisahlah famili kita atau orang lain. kalau ada orang bermasalah kita jadi prihatin dan nak menolong. tapi janganlah prihatin tengok orang eksiden sampai jem panjang berjela.

sekian, babai


Tuesday, November 27, 2012

tanggungjawab selepas berkahwin.

salam...

konklusi saya dari pembacaan buku dan tontonan televisyen...

turutan tanggungjawab suami

1. Allah
2. Ibu/Emak/Ummie/Mama
3. Isteri



turutan tanggungjawab isteri

1. Allah
2. Suami
3. Ibu/Emak/Ummie/Mama




semua ni kita (suami dan isteri) kene sama-sama faham. Wahh kita? Hikhik gelak gatal.

sekian, wallahualam. Babai.

Thursday, November 22, 2012

Cara ajal menjemput.

Salam...

Korang mesti pernah baca suratkhabar atau tengok tv pasal orang mati kene bunuh, orang mati dibunuh lepas dirompak, orang mati dibunuh lepas dirogol, orang mati tiba-tiba/mengejut, orang dah mati 3-4 hari dalam rumah sendiri...

Korang pernah terfikir tak macam mana pulak keadaan korang masa ajal datang menjemput? Umur berapa agaknya kita ni meninggal dunia nanti? Sedangkan ada baby yang tak sempat nak hidup walau satu hari...

Berdoa sangat apa pun Tuhan dah tentukan ajal kita, semoga kita masih dalam Islam, meninggal sebagai seorang muslim yang sempat mengucap dua kalimah syahidah sekalipun hanya dapat menyebut "Allah"

نعوذ بالله من ذلك

Jadi ditulis di dalam abdjad rumi “nauzu billahi min zalik” yang membawa maksud: “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”


Anak pertama.

Salam..

Bila berborak-borak dengan ibu abah kadang-kadang terkeluar cerita time kitorang adik beradik kecik dulu. Macam-macam cerita lawak lah sedih lah kesian lah. Tapi kebanyakkan cerita pasal along yang abah ibu ingat. Yelah sebab along kan anak first. Aduhaii mengada nak jeles haha.

Takpelah. Nanti kalau ada rezeki ada anak sendiri nak tulis diari cerita pasal dorang semua. Tu pun kalau anak tak ramai. Takdelah jenuh nak ingat semua peristiwa sampai terkonfius eh tu cerita pasal anak yang mana ek haha.

Eii ape ni dah cerita pasal anak. Amboi kemain gatal nye perasaan perempuan ni haha.

Tu je nak cerita. Babai.

Sunday, November 18, 2012

Pray for gaza.

Pengomen.

Salam..

Aku ni salah sorang yang suka baca komen-komen orang lain. Mana-mana post dalam laman sesawang aku akan tengok komen-komen dari komentar. Dari blog, facebook, instagram sampai lah youtube.. Baca komen orang kadang-kadang lebih menarik dari post tu haha

Macam-macam jenis pengomen tau sebenarnya. Aku tak pandailah nak mengkategorikan pengomen ni macam mana haha

Ok sebenarnya aku buat post ni nak cakap pasal pengomen kehidupan artis.

Ni satu situasi... Ada sorang artis perempuan tangkap gambar tengah merokok. Dan kat situ ada lah bermacam-macam komen.

Salah satunya akan ada yang puji "wow! What a cool pic!" ok selalunya pengomen ni spammer je.

Pastu ada komen "sukalah gambar ni. Cool gilerr! Kak ***** cantiklah" ni pengomen fan fanatik.

Bawah sikit ada komen "akak smoking? Tak elok tau merokok kak."
Lepas je komen bagi nasihat 'tak elok merokok' berjela lah komen fan fanatik yang lain...
"alahai dah dtg ustazah"
"takpe kak. Smoking tu tak haram pun" "Kalau tak suka org smoking tak payah lah tengok gambar ni"
"ala smoking je kot. Bukan minum arak"
Semua komen berjela tu dok attack sorang fan yang bagi nasihat. Ni belum lagi kalau ada komen yang kondem habis perilaku si artis tu smoking.
"eh kak **** smoking? Euuww"
"kak **** perempuan s****!"
Ataupun bagi nasihat islamik
"kak. Ada hadis mengatakan rokok haram sebab memudaratkan"
laaaagiiilaaahh bersepah fan yang akan defend artis tu.

Aku tak berapa gemar lah orang yang dok defend artis kalau benda tu mmg salah. Padahal si polan tu bagi nasihat elok-elok. Yang respon bukan artis tu pun fan yang konon-konon 'cool' dan 'open minded' yang melebih-lebih mengeluarkan statement. Membodek. Bila gambar-gambar kontroversi macam situasi ni memang byk lah bilangan komennya. Bila baca rupanya banyak yang dok reply komen jenis positif.

Lagi satu kalau tengok beautifulnara. Baca komen rasa macam nak mintak je abang nara tu unable kan komen. Semua stok nak down-grade kan orang lain. Lepas tu tak ada kaitan tapi still nak komen sebab nak mengutuk.

Tu lah macam2 perangai manusia ni.

Ok lah. Tu je nak post. Wassalam.
Tata

Wednesday, November 7, 2012

'hakim dunia'



"I don't like what you are doing, but I won't insult you for it. You know why? Because who you are tomorrow may be better than who i am today" - Tariq Ramadan










Saturday, October 13, 2012

Free fluid.

Salam.

Kesinambungan dari post yang sebelum ni...

Alhamdulillah. So far tak serius sangat. Tu lah.. Panik je lebih. Bukan sebab pemakanan pun. Organ yang merembes fluid tu. Tapi kene makan antibiotic. Free fluid antara rahim dengan usus besar. Bila check urine pun ok je.

Doakan bengkak tu susut dan tak sakit yee. Terima kasih.

Tata. ;)



Thursday, October 11, 2012

Spasm.

Salam.

Malam ni hati rasa macam tak senang. Esok kene pegi buat ultrasound kat area perut...

Flashback..

Satu hari dalam bulan syawal, ternampak pinggang bengkak sebelah. Picit-picit tak sakit. So abaikan je.

Berapa minggu kemudian.. Tetiba pinggang macam sakit. Tengok kat cermin rupanya yang bengkak masa hari raya tu tak surut lagi. Sekarang dah sakit. Nak gerak pun dah tak selesa. Macam lenguh-lenguh...

Cakap dengan ibu abah nak pegi check pinggang kat klinik. Mintak ibu teman sebab risau doktor lelaki yang check nanti. Nasib baik doktor perempuan. Bila dia picit-picit certain area... Aduhh sakit. Sakit macam tempat bengkak yang dipicit.

Doktor cakap tempat yang sakit tu bukan buah pinggang atau internal organ yang lain. Tempat ovari pun bukan. Fuhh.. Doktor bagitau mungkin muscle contraction atau name lain spasm. Kene makan ubat saraf untuk redakan otot.

Bila tahu pasal spasm ni abah terus tak bagi pakai heels. Abah haramkan angkat benda-benda berat. Sendiri pun mewajibkan diri minum air kosong lebih dari biasa. Rajin makan ubat.

Tapi sekarang dah lebih dari sebulan pinggang masih bengkak sebelah. Masih sakit bila dipicit. Bila tidur rasa macam tak selesa sangat nak baring tegak atau mengiring. Mungkin penat sangat sebab sibuk persediaan kahwin angah. Mungkin... Macam lah kite ni yang pengantinnya kan.

Siang tadi ajak ibu pegi klinik alang-alang dah keluar dengan ibu. Memang dah plan nak pegi xray tapi better refer dulu dengan doktor yang sebelum ni. Jadi on the way driving tu doa banyak-banyak supaya boleh terus xray. Tak nak banyak sangat prosedur.

Doktor tanya penah jatuh ke... Tak ada pulak baru-baru ni. Susah kencing or buang air besar tak.. Tak pulak. Kencing ada darah or cloudy.. Air kencing ok je jernih. So doktor tulis surat untuk buat xray. Bila pegi klinik yang ada tempat buat xray tu doktor situ recommend buat ultrasound terus since if buat xray tak nampak sebenar-benar internal organ. Kira ada limit lah. Otak ni dah pikir eh macam nak check baby pulak hehe.. Besides klinik tu hanya buat xray untuk dada dan kaki. Tak sangka ada pulak part-part untuk xray. Ingatkan satu badan terus. Hmm..

Doktor pesan esok nak pegi hospital nak ultrasound kene perut kosong pundi kencing kene penuh atau separuh penuh. Angguk kepala saja lah sebab tak pernah buat ultrasound so tak tau cara-cara dia.

Jadinya.. Sekarang baru lah terbayang tabiat pemakanan saya selama ni. Berat 42kg je. Makan untuk breakfast lunch and dinner mesti nak tambah 2-3 round. Snack pulak tak main roti kosong or biskut. Nak burger ke nasi ke roti tuna. Paling tak pun megi. Dulu kat hostel ibu beli biskut berpeket-peket bertin-tin memang tak habis. Bagi member je. Kat ukm pun same. Sebelum balik bilik lepas makan dinner mesti nak beli burger ke waffle ke roti tuna. Tapi saya jarang minum air manis berais. Kalau beli air bungkus memang tak abes lah. Saya minum air mineral botol besar yang selalunye tahan seminggu. Tak rasa pun cukup 8 gelas sehari. Bab kesihatan pulak saya banyak kali ke toilet untuk kencing. Kadang-kadang penat pergi toilet sebab air kencing keluar tak banyak mana pun sebenarnya.. Adakah ini akibatnya? Adakah..??

Apa-apa tunggu lah result macam mana esok.. Bila dah cerita kat sang arjuna ada lah lega sikit sebab dia pun cakap insyaAllah tak ada pape..

Later. ;)

Tuesday, October 9, 2012

Angah's big day.

Assalammualaikum


belum sampai setahun Along's big day ... Alhamdulillah rezeki angah pulak berumahtangga. ape orang kate... dah sampai seru. gituhh. haha.

ni abang ipar saya tengah menenangkan diri kot untuk melafazkan akad nikah...

ini lah angah saya tengah sabar menanti untuk sah jadi bini orang...

tibanya masa yang ditunggu-tunggu..
                                            
Alhamdulillah dengan sekali lafaz semuanya telah sah...

tadaa.. pengantin yang sah dan halal...
                                         


Kenduri pihak kitorang buat kat Dewan Masjid Bukit Aman...
ha nampak tak sape yang jadi pengapit pengantin perempuan? kalau dulu pernah merasa merenjis this time dapat merasa jadi pengapit pulak. hehee..
macam biasa amboh-amboh/baling gula-gula+duit syiling tetap ada. budak-budak ramai dah tahu so sekarang dah siap-siap kat depan pelamin hahaha..
tengoklah kemain sibuk pengapit.. yelah first timer and maybe for the last time jadi pengapit. tapi disebabkan tak pernah jadi pengapit, pengantin ada jugak kene tinggal hahaha...
                                     


masa untuk kenduri sebelah pihak abang ipar saya...
yep.. saya jadi pengapit lagi hikhikk...

dah bertambah ahli keluarga kitorang...


last pose dengan pengantin...

"awak bila lagi?" soalan orang sekeliling kat saya disebabkan saya sorang je yang bujang. insyaAllah ada jodoh saya kahwin lah pulak nanti.. Ya Allah panjangkan umur kami nak tengok saya jadi isteri orang.. Amin

Wassalam

Monday, June 4, 2012

in advance.



salam. ni hadiah birthday untuk abah dan ibu. hadiah ni sengaja kitorang beli konon2 couple handphone padahal birthday abah julai dan ibu pulak bulan ogos. tak sabar nak bagi hadiah so terus je bagi awal bulan jun. tak dulik. hahaha...

hadiah ni takde lah seberapa kalau nak bandingkan dengan apa yang abah dan ibu dah belikan untuk kitorang selama ni. harap sangat abah dan ibu suka hadiah ni. hehee... love you both. mmmuahh.



Wednesday, February 22, 2012

taman air bukit gambang. (bukit gambang water park)

Assalammualaikum...

weekend yang lepas kami sefamily pegi bukit gambang water park, pahang. 

tak tahu lah sejak bila taman air bukit gambang ni wujud. tapi ni lah first time kitorang pegi water theme park. memang tak pernah pegi tau. sunway piramid ke ape ke meamng tak penah pegi. sungai dan laut ada lah jugak pegi. 

jadi, kat bukit gambang ni cara dia ala-ala genting. kene pakai gelang. gelang ni ada barcode.


ape-ape yang nak beli kat dalam tu kene scan. tapi dalam tu semua makanan je lah yang ada. nak sewa pelampung dan loker pun kene scan dulu. siap ada kaunter check balance dan top up lagi. hehe..



first day memang kitorang tak mandi lah. dok tengok orang je. kitorang bayangkan tempat ni mcm genting lah. ada outdoor activities ke ape ke. sekali memang 100% bermandikan air. so, kire first day ni konon-konon mcm melawat kawasan lah. haha.

kitorang proceed lah main atv kat luar. ni pun pertama kalinya kitorang main atv. motor 4 tayar besar ni. selalu tengok kat tv je. pehh memang berat lah tapi disebabkan dia motor yang stabil jadi tak berapa rasa lah berat dia. pening? :S



ni muka dah tak larat tekan minyak. hehe..

esoknya.. berkobar-kobar nak mandi dekat taman air bukit gambang tu.. sekali hujan daa pepagi tu.. lama pulak tu hujan. memang harapan nak slides semua tu dah nampak pudar. dalam pukul10-11 lebih hujan mcm dah berhenti kitorang terus pegi. rupanya dah ramai dah orang kat sana. oh lupa nak bagitahu. sekali masuk rm29.90 untuk orang dewasa rm15 kot untuk budak. 

benda first sekali kitorang nak main surfing ke slides entah orang panggil yang guna mat biru ni. masa tengok semalam tu memang best dan aimed nak main nanti. sekali bila dah naik atas tu ngeri plus cuak pun ada. sekali bila dah surf/slide turun dengan lajunya... memang kecut perut sehh. tapi bila sampai bawah rasa seronok dan puas. hape lagi kitorang naik lagi untuk second round... naik lagi untuk third round... dan beround-round. berbelas kali jugak lah kitorang anak beranak conquer '6 lane race' ni. hahaha..





lepas tu mcm dah penat je dengan kelajuan, kitorang pegi main ombak pulak. excited sangat lah since ni first time rasa ombak buatan. best sbb mcm betul-betul kat laut. hehee.



pastu bagi chance lah kat ibu abah dan along kak has dating. naik lah tube tu berdua-duaan. bukan main rilek lagi...


last sekali ni lah aktiviti kitorang...

video

maaf lah sebab mcm 'eleh pegi water theme park pun nak kecoh' lagi sekali saye ulang.. ni first time so excited lebih lahh. hehehe. 

ok tata.. (: