Assalammualaikum...
weekend yang lepas kami sefamily pegi bukit gambang water park, pahang.
tak tahu lah sejak bila taman air bukit gambang ni wujud. tapi ni lah first time kitorang pegi water theme park. memang tak pernah pegi tau. sunway piramid ke ape ke meamng tak penah pegi. sungai dan laut ada lah jugak pegi.
jadi, kat bukit gambang ni cara dia ala-ala genting. kene pakai gelang. gelang ni ada barcode.
ape-ape yang nak beli kat dalam tu kene scan. tapi dalam tu semua makanan je lah yang ada. nak sewa pelampung dan loker pun kene scan dulu. siap ada kaunter check balance dan top up lagi. hehe..
first day memang kitorang tak mandi lah. dok tengok orang je. kitorang bayangkan tempat ni mcm genting lah. ada outdoor activities ke ape ke. sekali memang 100% bermandikan air. so, kire first day ni konon-konon mcm melawat kawasan lah. haha.
kitorang proceed lah main atv kat luar. ni pun pertama kalinya kitorang main atv. motor 4 tayar besar ni. selalu tengok kat tv je. pehh memang berat lah tapi disebabkan dia motor yang stabil jadi tak berapa rasa lah berat dia. pening? :S
ni muka dah tak larat tekan minyak. hehe..
esoknya.. berkobar-kobar nak mandi dekat taman air bukit gambang tu.. sekali hujan daa pepagi tu.. lama pulak tu hujan. memang harapan nak slides semua tu dah nampak pudar. dalam pukul10-11 lebih hujan mcm dah berhenti kitorang terus pegi. rupanya dah ramai dah orang kat sana. oh lupa nak bagitahu. sekali masuk rm29.90 untuk orang dewasa rm15 kot untuk budak.
benda first sekali kitorang nak main surfing ke slides entah orang panggil yang guna mat biru ni. masa tengok semalam tu memang best dan aimed nak main nanti. sekali bila dah naik atas tu ngeri plus cuak pun ada. sekali bila dah surf/slide turun dengan lajunya... memang kecut perut sehh. tapi bila sampai bawah rasa seronok dan puas. hape lagi kitorang naik lagi untuk second round... naik lagi untuk third round... dan beround-round. berbelas kali jugak lah kitorang anak beranak conquer '6 lane race' ni. hahaha..
lepas tu mcm dah penat je dengan kelajuan, kitorang pegi main ombak pulak. excited sangat lah since ni first time rasa ombak buatan. best sbb mcm betul-betul kat laut. hehee.
pastu bagi chance lah kat ibu abah dan along kak has dating. naik lah tube tu berdua-duaan. bukan main rilek lagi...
last sekali ni lah aktiviti kitorang...
maaf lah sebab mcm 'eleh pegi water theme park pun nak kecoh' lagi sekali saye ulang.. ni first time so excited lebih lahh. hehehe.
ok tata.. (: