Wednesday, December 21, 2011

kepang pang kebong bong (bunyi kompang).

salam

pada malam 10 disember yg lepas along saya selamat diijabkabulkan.

time ni tengah tunggu tok kadi. tok kadi terlewat sikit sebab terlibat dgn solat gerhana malam tu. kitorang pun sebenarnya terlambat sikit sebab berjemaah solat gerhana dekat surau berdekatan.

ni lah kakak ipar saya, kak has atau ayong yang cantik.

ha time ni lah orang kata saat yang paling mendebarkan. semua senyap sunyi je. kecuali budak kecik. diorang bising jugak lah sebab depa bukan faham kan. hehe.

Alhamdulillah dgn sekali lafaz along telah rasminya menjadi suami orang.

dengan ibu abah sekali tunjuk baguus. hehe..

sekarang bertambahlah sorang lagi ahli perempuan dalam keluarga kami.



esoknya acara persandingan. bila tengok along dah siap-siap baju pengantin rasa macam mimpi pulak.

ha tu dia siap efek dreamy gitu. haha..

keluarga kak has orang perak. so kat majlis persandingan tu mereka ada silat dan muzik menggunakan alat muzik tradisional. memang perkahwinan melayu betul lah.


time majlis ni benda yang paling tak boleh lupa.. gua dapat merenjis pengantin gua cakap sama lu. rasa macam orang tua pun ada. nervous gile pulak. haha..




abes dah persandingan along kat belah perempuan.


so sorang bunga jantan dah selamat 'disunting' ni ada lagi dua bunga cantik masih menunggu giliran. haha..



elok-elok semua tgh hepi and enjoy last-last time nak balik tu abah ibu menitis airmata. ni menunjukkan semua yang berlaku malam tadi dan hari ni adalah realiti. sebak gila. semua pun nangis...



17 disember 2011..

ni ibu tgh sibuk mengemas dewan dgn pakcik. hari ni persandingan belah laki pulak.

sebusy mane bapak pengantin tetap sempat pose kat pelamin. hehe

ni bunting depan pagar dewan..



sempat bergambor sblm rombongan pengantin sampai.




belom ape-ape si kecik ni dah rasmikan pelamin dulu. haha..


tadaaa. ni lah pengantinnya..




tengok ni...

ha ni ahli tol depan pelamin. ahli tol ape lah pulak kan.

ni lah keje ahli tol. pengantin tak boleh naik pelamin selagi tak bayar tol. nego punye nego dapat angpau baru lah bagi jalan. hehe. tapi selalunya tol ni dibuat time pengantin lelaki nak datang kat pengantin perempuan. tapi disebabkan ni belah laki makcik-makcik saye request nak buat jugak. hehe.



ha budak-budak ni bukan main beriya lagi. macam tadah tangan nak berdoa pun ada. kenapa ek..

sebenarnya time ni pengantin tabur gula-gula. bukan gula-gula je. duit syiling pun ada. kat johor acara ni name dia ambo-ambo. ambo-ambo ni melambangkan kemanisan perkahwinan. eceh ulang balik ayat dejay. hehee. mak-mak siap tolong anak-anak kuitp duit lagi. best. kecoh je kat depan tu. bunyi keleting duit syiling plus org 'aduh' sebab terkono duit syiling. haha..



sesi bergambar dgn pengantin. ni kamera amatur je. yang pro punye sebulan lagi baru kitorang dapat tengok. hehe..



ni bergambar dgn anak-anak saudara. ish ish alahai dah besar dah depa ni. lagi besar dari saye pulak tu. dah sekolah menengah lah dah masuk kolej lah. makin cantik. mcm baru semalam je main-main dgn dorang. hamboi terkenang-kenang pulak..



terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis. ni first time buat wedding ni. hehe.

semoga along and ayong sentiasa dirahmati Allah dan dapat mengharungi ombak rindu eh ombak badai (ewah) alam perkahwinan. Amin.




Monday, December 5, 2011

malang yang hanya Tuhan saje yang tahu.

salam..

kami baru balik dari kampung. tiba-tiba dapur rumah nampak suspicious. bila along dan ibu tengok grill rupanya dah terkopak. semua freaked out terus lari naik bilik masing-masing. laci bilik saya dah terkeluar. bilik along tak ada apa-apa. tapi bilik ibu...

ni lah rupanya bila pencuri masuk rumah...


habis semua barang-barang kemas. gelang nak bagi bakal kakak ipar untuk batal air sembahyang pun lesap...

respect lah ibu abah sebab cool je. saye ni dah bebakul-bakul sumpah seranah. last-last baru istighfar balik. tapi tahu hati diorang rasa macam-macam. otak pikir macam-macam. semua barang-barang kemas tu simpanan utk masa depan. plus minggu depan je dah nak majlis kahwin along. ...

nasib baik angah ikut kami balik kampung even pada mulanya tak nak ikut sebab ada keje. tak tau lah ape jadi kalau angah ada kat rumah sorang-sorang...

apa-apa pun bersyukur sangat hanya harta benda saje yang tak dapat diselamatkan even gadget semua diorang tak curi. dah report kat polis dan forensik pun dah datang. tak boleh nak buat apa-apa sbb dorang tak boleh trace ape-ape kesan cap jari. pencuri siap putuskan elektrik maybe pikir kitorang ada alarm...

sedih sangat tak dapat nak tolong ibu abah sebab saya sendiri tak ada lagi duit simpanan. dan dari dulu memang tak minat emas. saya prefer silver. barang-barang emas saya dan kakak yang dari kecik semua kat ibu. semua tu pun settle...

hmm entah lah. rase shock gila sbb ni first time jadi kat kitorang. rase mcm malas je nak pegi keje. tapi yang penting life must go on..

memang tak ada rezeki kami untuk simpan barang-barang kemas tu. dan rezeki haram pencuri sebab dapat byk emas. terus tak pandang benda lain dah..

dugaan betul. Tuhan kalau nak tarik nikmat sekelip mata je. insyaAllah ada hikmah disebalik ape yang jadi. doa-doa jugak kot-kot pencuri tu insaf dan pulangkan balik semua tu...

al-fatiha utk arwah rara zikry. condolences to her family...

Tuesday, November 22, 2011

nerve wrecked.

salam.

as you all know, malaysia menang dalam bola sepak sea 2011. betol lah orang cakap. dalam banyak-banyak pingat, pingat bola sepak lah yang paling semua nak.

lepas tau je malaysia akan jumpe lagi indonesia di final, macam-macam keluar kat fb. paling tak boleh lupa.

garuda - haiwan mitos yang dibanggakan?

tapi otak ni laju je pikir, garuda mitos pun kuat ape. jangan pandang rendah.

sumpah final game malaysia vs indonesia memang mendebarkan. start je final nampak lah indonesia bersemangat gile sampai awal lagi dah dapat sumbat 1 gol. time tu memang dah tak senang duduk. confirm lah kat kedai mamak ke, kat umah ke, penyokong man u ke, penyokong arsenal ke chelsea ke, dah mula nervous. boleh ke nak kejar gol ni?

tiap kali bola depan gol mula lah saspen. masuk lah. jangan masuk lah. pelbagai doa semua dah keluar. tup tup dapat 1 gol untuk malaysia. terus mate semua bersinar balik.

first half 1-1. ok takpe. ada lagi second half. dah start second half players semua agresif. nak tambah gol punye pasal. paling menyampah corner kicks atau free kicks. rase mcm nak terkeluar jantung sbb risau gile. sampai abis tak jugak gol. pergh. memang sengit lah maksudnye kan. ada tambahan mase. tu pun tak gol lagi. payah sangat last sekali bagi penalti. ha lagi lah saspen. antara pemain lawan dgn goalkeeper je. tengok dorang main lebih 100minit, dorang tak rase penat ke. gile tinggi stamina dorang. respect ah..

nasib memang menyebelahi malaysia bile last penalty kick tu goalkeeper indonesia terlepas bola baddrol dan terus bergolek manje masuk gawang gol. Alhamdulillah. yahooo!

last-last tgh dok hepi-hepi ada pulak doping control nak check pemain malaysia. mane tak mengamuk ong kim swee. macam-macam dugaan si coach malaysia ni. dah lah kene halau dari tempat duduk pemain simpanan. dapat gune walkie talkie je. waktu malaysia lawan myanmar dah tak boleh gune walkie talkie pulak. tak pasal pak cik baju oren jadi hero pembawa utusan dari ong ke pemain. dah menang pun tak boleh turun nak celebrate dengan player.

bile event-event macam ni, selalu yang kecoh mestilah laman-laman web sosial. tapi paling best twitter lah. laju je timeline. macam-macam update lawak lah keluar. terlupa sekejap nervous tu.
sebelum game start memang dah ingatkan diri, jangan nak cakap benda-benda buruk. diri sendiri pun tak pandai main bola. tapi start je game automatic macam-macam lah keluar dari mulut. tak cukup mulut jari pulak rajin menaip kat twitter. tu belum tambah tweet pasal player-player kacak lagi. haha..

now im officially a fan of baddrol bakhtiar. tak sia-sia jadi kapten. turun naik padang. kejap defend kejap striker. asyik nampak dia je. apek tu jangan cakap lah. dari dulu dah terbukti kehandalan dia tangkap bola. macam ada gam pulak kat tangan dia. ke magnet. hehe..

ape-ape pun good game last night. dua-dua team nampak bersungguh. semangat kesukanan yang tinggi. tak ada gaduh-gaduh. semua profesional. masam-masam muka tu semua waktu tu je. lepas tu semua ok balik kan.

congratulation harimau muda! tapi still kesian kat pemain malaysia. esok ada game internatiol lagi. nak kene lawan syria pulak. cukup ke rehat lepas main kaw-kaw malam tadi? harapnya tiada ape-ape perkara buruk yang berlaku nanti.

dan ini untuk tontonan dua-dua negara...


Friday, November 11, 2011

Chammak Challo.

salam.

percaya tak akon boleh nyanyi lagu hindustan? tolong lah percaye! ni bukti nye..


ha betul kan akon boleh nyanyi hindustan. lagu ni untuk filem terbaru shah rukh khan Ra-One. macam comel je kene tulis suku kata semua. hahaa.. tapi at last memang sebijik lah sebutan hindustan. even untuk chorus je kan. mula-mula tengok dan dengar ingatkan dorang edit suara tu jadi suara akon. sekali tengok youtube memang sah akon sendiri yang nyanyi.

actually ada dua lagu akon nyanyi dalam movie ni tapi yang lagi satu tajok criminal akon nyanyi sikit je tu pun dalam bahasa inggeris.

ni pulak scene untuk lagu chanmak challo yang shah rukh khan lipsync kan...


tapi bukan full lah since citer ni baru lagi. dvd pun belum keluar lagi. tapi memang catchy lah lagu ni.

so mari lah tengok ra-one ni ramai-ramai. ;D

Wednesday, October 19, 2011

girl crush.

salam.



ok semua tengok sini. ha siapa dia ni yang cantik sgt ni...



ni lah izara aishah. pelakon lah dia ni.

first time i've spotted this beautiful young lady dalam drama keranamu laila. hai bukan main garang lagi heroin dia. tapi cantik. major turn on! ok now i'm sound so lesbian. hahaa..


nape saye panggil dia young lady. sebab dia lahir 1992 ok. muda dek non. tapi dah cantik. gua saspek dia ada mix mane-mane celah yang bergenetik boleh jadi cantik mcm ni. hehee..

lepas tu ada lah beberape drama dia berlakon. tapi sekarang tengah hot citer soffiya petang-petang pukul 7-8 malam. ada tiz zaqyah.

saye minat jugak lisa surihani. tapi takde lah sampai obsesi cenggini..


and obssesion saye sangat melampau lalu saye bertweet..


i know i'm crazy. ;p

pernah tengok dealofa first time citer jemaah kolesterol. hai cantiknye cik bertudung tu. lepas tu tengok dia lagi skali freehair tak minat pulak. dia pakai tudung lagi cantik. hehee...

semua gambar ni dari facebook izara aishah ni. and this is my favorite..

tapi dia bukan idola ikutan saye sepenuhnye. don't get me wrong. cuma kagum dengan kecantikan anugerah Tuhan. namun jika ada kebaikan dari dia boleh dijadikan motivasi. (:

sekian.

Sunday, October 16, 2011

masih suka membaca.

salam.

walaupun saye dah abes study, saye masih suke membace. tapi bace novel je lah. bahan-bahan ilmiah disentuh sikit-sikit je. buku ilmiah kalau bace pun tak khuysuk macam bace novel. hehee..

ari jumaat yg lepas saye dpt pegi big bad wolf book sale. bukan 10% je tau less dia sampai 75% ke bape entah dia bagi diskaun. mule-mule memang mcm tak caye lah. tapi dah ramai membe pegi dok borong buku banyak-banyak mcm geram pulak kan.


so jumaat tu ada free time dan ada orang tu bawak kan saye ke MAEPS ( malaysia agro exposition park) kat upm sane. kat situ lah tempat book fare ni ada.

dari tempat parking ke dewan tu ada shuttle bus. macam comel je sebab macam pegi zoo. hahaa..

masuk je dewan tu memang ternganga ok. memang dah macam gudang buku. masuk-masuk je jumpe buku confession of a shopaholic teros tarik sebab rm8! hahaa..

lepas tu meraban jugak lah dalam tu tak tau nak pegi section mane since dorang dah asingkan ikot kategori. sadly list novels yang selama ni saye simpan dah hilang. terpakselah kejap nak pegi novel lah, kejap nak pegi manga lah, nak pegi adul novel balik ape semua. memang melilau mate tengok tajok buku-buku yang ada.

bile dah amek banyak-banyak buku, baru perasan semua org gune box kosong or troli sendiri sebab nak isi buku. memang leceh nak cari buku sambil menjijit novel-novel yang tebal pastu tangan ada due. oh empat lah campur tangan si peneman. hehee. eh dorang ada buku kulit tebal yang sepatotnye harga sampai rm100++ tetibe jadi rm15/rm20. nak nanges tahu!

ni lah gambaran syurga si pembace..


gambar ni ehsan dari google. saye tak terpikir nak amek gambar mcm ni sebab tgh sebok cari nak belikan ibu dan abah buku ape. hehee..

kat sale ni semua buku inggeris je lah. so terpakse lah belikan ibu buku masak-masak berbahasa inggeris. takpe nanti boleh mintak abah translatekan. hohoo...

ni pulak aksi saye bersama buku-buku yang saye beli.


sekarang ni saye ada buku favorite...


suke gile dengan buku ni. simple tapi best lah nak bace and ada maksud tersirat. sayang tak jumpe lagi buku-buku mcm ni. dia ada lagi 3 buku...


rupenye book fair mcm ni dah ada lame dah. jadi, harapan saye nanti bile ada lagi warehouse book sale mcm ni, harap saye dapat pegi lagi.

terima kasih awak bawak saye ke sini. (:

Thursday, September 29, 2011

first time in my life.

salam.

Alhamdulillah 24hb september yang lepas, i'm officially a degree holder. :')

Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (Pengajian Multimedia)

terima kasih kepada semua yang tak henti-henti mendoakan saye.

tunggu gambar mcm2 style. nanti nak showoff kat sini. ;p

Thursday, September 22, 2011

ni hao ma. :D

salam.

hujung minggu yg lalu, saye dan family dapat menghabiskan mase di negara orang. kami dah fly ke beijing china.

flight pagi pukul 8 and sampai dlm pukul 3. kitorang pegi ramai-ramai dengan kawan-kawan ofis abah ikot agensi.

ni bergambar lepas check imigresen. lepas tu dgn harapan boleh gune hp. haha.. tapi sebenarnye boleh gune. cuma lambat tahu. mahal pulak tu. ;p


lepas tu culture shock bile toilet sane takde paip. so mcm kene amek air dalam botol dari sinki luar and bawak masuk toilet masing-masing. no wonder tisu bersepah-sepah. hehe. and dorang sane sgt lah kasar. nasib baik pegi negara asia je. so ketinggian semua average je. kalau pegi negara-negara eropah, mau jadi orang katik dikelilingi gergasi. hehe.

depa kat sane still lagi naik basikal or motor tapi ada pengayuh mcm basikal.


then mcm-mcm jenis anjing dorang bela. semua stok comel-comel. even ajing terbiar pun comel je. takde lah berkurap ke ape.

mule-mule skali tgk akrobatik. dorang combine kan semua lah taichi, kungfu jadi akrobatik. meh nak bagi sneak peek.

video

ni first time kitorang makan kat kedai cina. tapi halal punye ok. beijing sekarang memang tengah musim autumn 20 darjah celcius. sejok gile angin bertiup.

esoknye kami melawat tian-nan-mei square. ada pernah jadi pemberontakan beramai-ramai kat sini. tapi sebab china masih mengamalkan sistem komunis, ramai kene tembak mase tu sebab nak relaikan perhimpunan tu. komunis mane nak orang melawan kan. gambar yang besar kat belakang tu gambar mao zedong, pengasas komunis china.


lepas tu kitorang pegi melawat kota larangan ( forbidden city ). binaan ni ada 9999 bilik untuk gundik-gundik maharaja dulu. memang tak lah nak jalan sampai hujung sebabnye semua same je. bilik-bilik tidur je dan jauh. dewan and kamar utama dah tutup. barang-barang ori semua dah pindah ke taiwan.

china terkenal dengan kain sutera. so kitorang pegi melawat satu tempat yang popular dengan kain sutera asli. tengok lah dari kepompong boleh jadi kain sutera yang lembut gila.


ari ahad pulak, kitorang pegi tempat jed. batu jed sangat digemari org cina sebab dipercayai boleh membantu blood circulation. so sihat je lah memanjang.

depa sane pun ada penghasilan mutiara. tapi fresh water pearls. so dalam tiram ada banyak mutiara. kalau ikutkan tiram laut ada seketul je.

then, event yang paling ditunggu-tunggu. pegi the great wall.


tak sangke pulak tembok yang sepanjang 6000km ni rupenye terdiri drpd tangga-tangga. mane tak jenuh memanjat. haha. tapi takpe sanggup. once in a lifetime punye experience ni. tapi confirm lah tak sampai habis. cukoplah sampai menara tinjau dia je.


malam tu pegi hard rock cafe.

hard rock cafe malaysia pun tak pernah pegi. tetibe je dah kat hard rock cafe beijing. hehe.

isnin kitorang pegi bird nest stadium yang digunakan untuk olimpik 2008.

kitorang amek gambar dari jaoh je sbb dah tutop stadium ni. nak buat jadi mall kot dengar nye nanti.

mesti korang pernah dengar teh cina or chinese tea. tawar je kan rasenye. so memang kat sini minum air teh cina je. takde teh tarik or teh ais tau. hehe.

kat beijing, daerah niu jie je yang majoritinye beragama islam.

jadi kat sini je lah baru rase mcm tenang je since toilet ada paip. haha. masjid niu jie ni jugak masjid yang tertua and terbesar di beijing. dorang kat sane solat tak pakai telekung. cukop sekadar berpakai lengan panjang, kaki dan kepala bertutop teros je solat.

last day, selase. rase mcm sedih pulak. seronok dok negara org yg sejok ni. tidor tak payah gune aircond. hehe.

and beg masing-masing semua dah beranak pinak. masing-masing tetiba ada extra luggage. luckily untuk mas airlines sorang maximum 30kg.

ni name saye dalam tulisan cina.

terima kasih ya Allah atas kesempatan ini. dapat tengok negara orang. sepanjang kat sane asyik teringat je ' hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. lebih baik negara sendiri'

semalam dah pegi raptai konvo.harap-harap takde pape yg tak diingini hari konvo yang sebenar. amin.

sekian. xie xie (thank you)