Wednesday, December 21, 2011

kepang pang kebong bong (bunyi kompang).

salam

pada malam 10 disember yg lepas along saya selamat diijabkabulkan.

time ni tengah tunggu tok kadi. tok kadi terlewat sikit sebab terlibat dgn solat gerhana malam tu. kitorang pun sebenarnya terlambat sikit sebab berjemaah solat gerhana dekat surau berdekatan.

ni lah kakak ipar saya, kak has atau ayong yang cantik.

ha time ni lah orang kata saat yang paling mendebarkan. semua senyap sunyi je. kecuali budak kecik. diorang bising jugak lah sebab depa bukan faham kan. hehe.

Alhamdulillah dgn sekali lafaz along telah rasminya menjadi suami orang.

dengan ibu abah sekali tunjuk baguus. hehe..

sekarang bertambahlah sorang lagi ahli perempuan dalam keluarga kami.



esoknya acara persandingan. bila tengok along dah siap-siap baju pengantin rasa macam mimpi pulak.

ha tu dia siap efek dreamy gitu. haha..

keluarga kak has orang perak. so kat majlis persandingan tu mereka ada silat dan muzik menggunakan alat muzik tradisional. memang perkahwinan melayu betul lah.


time majlis ni benda yang paling tak boleh lupa.. gua dapat merenjis pengantin gua cakap sama lu. rasa macam orang tua pun ada. nervous gile pulak. haha..




abes dah persandingan along kat belah perempuan.


so sorang bunga jantan dah selamat 'disunting' ni ada lagi dua bunga cantik masih menunggu giliran. haha..



elok-elok semua tgh hepi and enjoy last-last time nak balik tu abah ibu menitis airmata. ni menunjukkan semua yang berlaku malam tadi dan hari ni adalah realiti. sebak gila. semua pun nangis...



17 disember 2011..

ni ibu tgh sibuk mengemas dewan dgn pakcik. hari ni persandingan belah laki pulak.

sebusy mane bapak pengantin tetap sempat pose kat pelamin. hehe

ni bunting depan pagar dewan..



sempat bergambor sblm rombongan pengantin sampai.




belom ape-ape si kecik ni dah rasmikan pelamin dulu. haha..


tadaaa. ni lah pengantinnya..




tengok ni...

ha ni ahli tol depan pelamin. ahli tol ape lah pulak kan.

ni lah keje ahli tol. pengantin tak boleh naik pelamin selagi tak bayar tol. nego punye nego dapat angpau baru lah bagi jalan. hehe. tapi selalunya tol ni dibuat time pengantin lelaki nak datang kat pengantin perempuan. tapi disebabkan ni belah laki makcik-makcik saye request nak buat jugak. hehe.



ha budak-budak ni bukan main beriya lagi. macam tadah tangan nak berdoa pun ada. kenapa ek..

sebenarnya time ni pengantin tabur gula-gula. bukan gula-gula je. duit syiling pun ada. kat johor acara ni name dia ambo-ambo. ambo-ambo ni melambangkan kemanisan perkahwinan. eceh ulang balik ayat dejay. hehee. mak-mak siap tolong anak-anak kuitp duit lagi. best. kecoh je kat depan tu. bunyi keleting duit syiling plus org 'aduh' sebab terkono duit syiling. haha..



sesi bergambar dgn pengantin. ni kamera amatur je. yang pro punye sebulan lagi baru kitorang dapat tengok. hehe..



ni bergambar dgn anak-anak saudara. ish ish alahai dah besar dah depa ni. lagi besar dari saye pulak tu. dah sekolah menengah lah dah masuk kolej lah. makin cantik. mcm baru semalam je main-main dgn dorang. hamboi terkenang-kenang pulak..



terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis. ni first time buat wedding ni. hehe.

semoga along and ayong sentiasa dirahmati Allah dan dapat mengharungi ombak rindu eh ombak badai (ewah) alam perkahwinan. Amin.