Tuesday, November 22, 2011

nerve wrecked.

salam.

as you all know, malaysia menang dalam bola sepak sea 2011. betol lah orang cakap. dalam banyak-banyak pingat, pingat bola sepak lah yang paling semua nak.

lepas tau je malaysia akan jumpe lagi indonesia di final, macam-macam keluar kat fb. paling tak boleh lupa.

garuda - haiwan mitos yang dibanggakan?

tapi otak ni laju je pikir, garuda mitos pun kuat ape. jangan pandang rendah.

sumpah final game malaysia vs indonesia memang mendebarkan. start je final nampak lah indonesia bersemangat gile sampai awal lagi dah dapat sumbat 1 gol. time tu memang dah tak senang duduk. confirm lah kat kedai mamak ke, kat umah ke, penyokong man u ke, penyokong arsenal ke chelsea ke, dah mula nervous. boleh ke nak kejar gol ni?

tiap kali bola depan gol mula lah saspen. masuk lah. jangan masuk lah. pelbagai doa semua dah keluar. tup tup dapat 1 gol untuk malaysia. terus mate semua bersinar balik.

first half 1-1. ok takpe. ada lagi second half. dah start second half players semua agresif. nak tambah gol punye pasal. paling menyampah corner kicks atau free kicks. rase mcm nak terkeluar jantung sbb risau gile. sampai abis tak jugak gol. pergh. memang sengit lah maksudnye kan. ada tambahan mase. tu pun tak gol lagi. payah sangat last sekali bagi penalti. ha lagi lah saspen. antara pemain lawan dgn goalkeeper je. tengok dorang main lebih 100minit, dorang tak rase penat ke. gile tinggi stamina dorang. respect ah..

nasib memang menyebelahi malaysia bile last penalty kick tu goalkeeper indonesia terlepas bola baddrol dan terus bergolek manje masuk gawang gol. Alhamdulillah. yahooo!

last-last tgh dok hepi-hepi ada pulak doping control nak check pemain malaysia. mane tak mengamuk ong kim swee. macam-macam dugaan si coach malaysia ni. dah lah kene halau dari tempat duduk pemain simpanan. dapat gune walkie talkie je. waktu malaysia lawan myanmar dah tak boleh gune walkie talkie pulak. tak pasal pak cik baju oren jadi hero pembawa utusan dari ong ke pemain. dah menang pun tak boleh turun nak celebrate dengan player.

bile event-event macam ni, selalu yang kecoh mestilah laman-laman web sosial. tapi paling best twitter lah. laju je timeline. macam-macam update lawak lah keluar. terlupa sekejap nervous tu.
sebelum game start memang dah ingatkan diri, jangan nak cakap benda-benda buruk. diri sendiri pun tak pandai main bola. tapi start je game automatic macam-macam lah keluar dari mulut. tak cukup mulut jari pulak rajin menaip kat twitter. tu belum tambah tweet pasal player-player kacak lagi. haha..

now im officially a fan of baddrol bakhtiar. tak sia-sia jadi kapten. turun naik padang. kejap defend kejap striker. asyik nampak dia je. apek tu jangan cakap lah. dari dulu dah terbukti kehandalan dia tangkap bola. macam ada gam pulak kat tangan dia. ke magnet. hehe..

ape-ape pun good game last night. dua-dua team nampak bersungguh. semangat kesukanan yang tinggi. tak ada gaduh-gaduh. semua profesional. masam-masam muka tu semua waktu tu je. lepas tu semua ok balik kan.

congratulation harimau muda! tapi still kesian kat pemain malaysia. esok ada game internatiol lagi. nak kene lawan syria pulak. cukup ke rehat lepas main kaw-kaw malam tadi? harapnya tiada ape-ape perkara buruk yang berlaku nanti.

dan ini untuk tontonan dua-dua negara...