Thursday, September 22, 2011

ni hao ma. :D

salam.

hujung minggu yg lalu, saye dan family dapat menghabiskan mase di negara orang. kami dah fly ke beijing china.

flight pagi pukul 8 and sampai dlm pukul 3. kitorang pegi ramai-ramai dengan kawan-kawan ofis abah ikot agensi.

ni bergambar lepas check imigresen. lepas tu dgn harapan boleh gune hp. haha.. tapi sebenarnye boleh gune. cuma lambat tahu. mahal pulak tu. ;p


lepas tu culture shock bile toilet sane takde paip. so mcm kene amek air dalam botol dari sinki luar and bawak masuk toilet masing-masing. no wonder tisu bersepah-sepah. hehe. and dorang sane sgt lah kasar. nasib baik pegi negara asia je. so ketinggian semua average je. kalau pegi negara-negara eropah, mau jadi orang katik dikelilingi gergasi. hehe.

depa kat sane still lagi naik basikal or motor tapi ada pengayuh mcm basikal.


then mcm-mcm jenis anjing dorang bela. semua stok comel-comel. even ajing terbiar pun comel je. takde lah berkurap ke ape.

mule-mule skali tgk akrobatik. dorang combine kan semua lah taichi, kungfu jadi akrobatik. meh nak bagi sneak peek.


ni first time kitorang makan kat kedai cina. tapi halal punye ok. beijing sekarang memang tengah musim autumn 20 darjah celcius. sejok gile angin bertiup.

esoknye kami melawat tian-nan-mei square. ada pernah jadi pemberontakan beramai-ramai kat sini. tapi sebab china masih mengamalkan sistem komunis, ramai kene tembak mase tu sebab nak relaikan perhimpunan tu. komunis mane nak orang melawan kan. gambar yang besar kat belakang tu gambar mao zedong, pengasas komunis china.


lepas tu kitorang pegi melawat kota larangan ( forbidden city ). binaan ni ada 9999 bilik untuk gundik-gundik maharaja dulu. memang tak lah nak jalan sampai hujung sebabnye semua same je. bilik-bilik tidur je dan jauh. dewan and kamar utama dah tutup. barang-barang ori semua dah pindah ke taiwan.

china terkenal dengan kain sutera. so kitorang pegi melawat satu tempat yang popular dengan kain sutera asli. tengok lah dari kepompong boleh jadi kain sutera yang lembut gila.


ari ahad pulak, kitorang pegi tempat jed. batu jed sangat digemari org cina sebab dipercayai boleh membantu blood circulation. so sihat je lah memanjang.

depa sane pun ada penghasilan mutiara. tapi fresh water pearls. so dalam tiram ada banyak mutiara. kalau ikutkan tiram laut ada seketul je.

then, event yang paling ditunggu-tunggu. pegi the great wall.


tak sangke pulak tembok yang sepanjang 6000km ni rupenye terdiri drpd tangga-tangga. mane tak jenuh memanjat. haha. tapi takpe sanggup. once in a lifetime punye experience ni. tapi confirm lah tak sampai habis. cukoplah sampai menara tinjau dia je.


malam tu pegi hard rock cafe.

hard rock cafe malaysia pun tak pernah pegi. tetibe je dah kat hard rock cafe beijing. hehe.

isnin kitorang pegi bird nest stadium yang digunakan untuk olimpik 2008.

kitorang amek gambar dari jaoh je sbb dah tutop stadium ni. nak buat jadi mall kot dengar nye nanti.

mesti korang pernah dengar teh cina or chinese tea. tawar je kan rasenye. so memang kat sini minum air teh cina je. takde teh tarik or teh ais tau. hehe.

kat beijing, daerah niu jie je yang majoritinye beragama islam.

jadi kat sini je lah baru rase mcm tenang je since toilet ada paip. haha. masjid niu jie ni jugak masjid yang tertua and terbesar di beijing. dorang kat sane solat tak pakai telekung. cukop sekadar berpakai lengan panjang, kaki dan kepala bertutop teros je solat.

last day, selase. rase mcm sedih pulak. seronok dok negara org yg sejok ni. tidor tak payah gune aircond. hehe.

and beg masing-masing semua dah beranak pinak. masing-masing tetiba ada extra luggage. luckily untuk mas airlines sorang maximum 30kg.

ni name saye dalam tulisan cina.

terima kasih ya Allah atas kesempatan ini. dapat tengok negara orang. sepanjang kat sane asyik teringat je ' hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. lebih baik negara sendiri'

semalam dah pegi raptai konvo.harap-harap takde pape yg tak diingini hari konvo yang sebenar. amin.

sekian. xie xie (thank you)