Monday, August 10, 2009

oh lelaki!


"..all i want is for one guy to prove to me that they arent all the same.."


Tolonglah faham bahawa:
Perempuan amat mementingkan kasih sayang. Bagi mereka, ia suatu realiti kehidupan yang tiada noktahnya. Itulah salah satu tujuan hidupnya. Itulah salah satu matlamat yang akan dicapai. Perempuan meletakkan kasih sayang sebagai bukti kebahagiaan hidupnya. Perempuan akan menganggap lelaki tidak menyintai mereka jika lelaki tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Perempuan menganggap cinta itu sebagai satu tanggungjawab dan berusaha melaksanakannya sebaik mungkin. Mereka menjadi “pengawal” cinta.


Tolonglah faham bahawa:
Perempuan amat mementingkan masa. Masa bersama pasangan menjadi amat penting bukan kerana ingin mengawal tetapi kerana ingin membantu. Apabila lelaki lupa akan masa dan tarikh tertentu yang istemewa, perempuan akan menganggap lelaki tidak peka, tidak prihatin dan tidak mahu menyemarakkan kasih sayang. Setiap hari perempuan mengharapkan lelaki membuktikan kasih sayang kepada mereka.

Tolonglah faham bahawa:
Perempuan ingin merasa selamat. Mereka inginkan rasa tenang dan yakin dalam hubungan dengan lelaki. Untuk rasa selamat, perempuan sentiasa mengharapkan kasih dan sayang kepada dirinya semakin bertambah. Rasa tidak selamat akan pulih dengan cepat jika lelaki sentiasa memberi jaminan akan rasa cinta dan keprihatinan. Jika perempuan memperlihatkan sikap dingin atau marah, jangan mudah membuat andaian tentang perasaannya itu. Mungkin dia hanya rasa bimbang. Atau dengan kata lain, tidak merasa selamat dengan diri sendiri dan hubungan cintanya.


Tolonglah faham bahawa:
Perempuan mahu dirinya dihargai. Mereka mahu membuktikan kemampuan menjadikan lelaki lebih bahagia. Mereka mahu lelaki menunjukkan penghargaan melalui tingkahlaku dan ucapan. Mereka merasa lebih dihargai jika lelaki menunjukan bahawa dirinya adalah keutamaan dan menghargai kebahagiaannya. Lebih bahagia apabila lelaki menunjukkan bahawa diri mereka (perempuan) amat diperlukan. Perempuan akan merasa tidak dihargai jika lelaki tidak meminta bantuannya jika menghadapi masalah.
Setiap hari mereka berharap sesuatu yang lebih baik dari lelaki. Setiap hari mereka mahu rasa dihargai. Jika bukan sekarang, bila lagi?

Ramai lelaki yang percaya bahawa:
Perempuan tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada.
Perempuan mempunyai selera dan citarasa yang amat tinggi.
Perempuan sentiasa mahu mengawal lelaki.
Perempuan sangat cemburu.
Perempuan terlalu emosional.
Perempuan yang berdikari dan kompetent tidak perlu dibantu.
Perempuan merampas kebebasan lelaki.

Lelaki, kepercayan-kepercayaan ini perlu ‘dinilai semula’ kerana semuanya itu amat tidak disenangi oleh perempuan!

Perempuan: Ada ketikanya tampak sangat kuat dan berupaya. Ada ketikanya juga tampak begitu rapuh dan hilang keyakinan dan keupayaannya.

Kenapa ada ketikannya perempuan tampak bagaikan permaisuri penuh berkuasa dan ada ketikanya tampak seperti anak kecil yang mentah dan tidak berdaya.


mltan100.blogspot.com (ok icon tiada kaitan. haha...)