Wednesday, December 21, 2011

kepang pang kebong bong (bunyi kompang).

salam

pada malam 10 disember yg lepas along saya selamat diijabkabulkan.

time ni tengah tunggu tok kadi. tok kadi terlewat sikit sebab terlibat dgn solat gerhana malam tu. kitorang pun sebenarnya terlambat sikit sebab berjemaah solat gerhana dekat surau berdekatan.

ni lah kakak ipar saya, kak has atau ayong yang cantik.

ha time ni lah orang kata saat yang paling mendebarkan. semua senyap sunyi je. kecuali budak kecik. diorang bising jugak lah sebab depa bukan faham kan. hehe.

Alhamdulillah dgn sekali lafaz along telah rasminya menjadi suami orang.

dengan ibu abah sekali tunjuk baguus. hehe..

sekarang bertambahlah sorang lagi ahli perempuan dalam keluarga kami.



esoknya acara persandingan. bila tengok along dah siap-siap baju pengantin rasa macam mimpi pulak.

ha tu dia siap efek dreamy gitu. haha..

keluarga kak has orang perak. so kat majlis persandingan tu mereka ada silat dan muzik menggunakan alat muzik tradisional. memang perkahwinan melayu betul lah.


time majlis ni benda yang paling tak boleh lupa.. gua dapat merenjis pengantin gua cakap sama lu. rasa macam orang tua pun ada. nervous gile pulak. haha..




abes dah persandingan along kat belah perempuan.


so sorang bunga jantan dah selamat 'disunting' ni ada lagi dua bunga cantik masih menunggu giliran. haha..



elok-elok semua tgh hepi and enjoy last-last time nak balik tu abah ibu menitis airmata. ni menunjukkan semua yang berlaku malam tadi dan hari ni adalah realiti. sebak gila. semua pun nangis...



17 disember 2011..

ni ibu tgh sibuk mengemas dewan dgn pakcik. hari ni persandingan belah laki pulak.

sebusy mane bapak pengantin tetap sempat pose kat pelamin. hehe

ni bunting depan pagar dewan..



sempat bergambor sblm rombongan pengantin sampai.




belom ape-ape si kecik ni dah rasmikan pelamin dulu. haha..


tadaaa. ni lah pengantinnya..




tengok ni...

ha ni ahli tol depan pelamin. ahli tol ape lah pulak kan.

ni lah keje ahli tol. pengantin tak boleh naik pelamin selagi tak bayar tol. nego punye nego dapat angpau baru lah bagi jalan. hehe. tapi selalunya tol ni dibuat time pengantin lelaki nak datang kat pengantin perempuan. tapi disebabkan ni belah laki makcik-makcik saye request nak buat jugak. hehe.



ha budak-budak ni bukan main beriya lagi. macam tadah tangan nak berdoa pun ada. kenapa ek..

sebenarnya time ni pengantin tabur gula-gula. bukan gula-gula je. duit syiling pun ada. kat johor acara ni name dia ambo-ambo. ambo-ambo ni melambangkan kemanisan perkahwinan. eceh ulang balik ayat dejay. hehee. mak-mak siap tolong anak-anak kuitp duit lagi. best. kecoh je kat depan tu. bunyi keleting duit syiling plus org 'aduh' sebab terkono duit syiling. haha..



sesi bergambar dgn pengantin. ni kamera amatur je. yang pro punye sebulan lagi baru kitorang dapat tengok. hehe..



ni bergambar dgn anak-anak saudara. ish ish alahai dah besar dah depa ni. lagi besar dari saye pulak tu. dah sekolah menengah lah dah masuk kolej lah. makin cantik. mcm baru semalam je main-main dgn dorang. hamboi terkenang-kenang pulak..



terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis. ni first time buat wedding ni. hehe.

semoga along and ayong sentiasa dirahmati Allah dan dapat mengharungi ombak rindu eh ombak badai (ewah) alam perkahwinan. Amin.




Monday, December 5, 2011

malang yang hanya Tuhan saje yang tahu.

salam..

kami baru balik dari kampung. tiba-tiba dapur rumah nampak suspicious. bila along dan ibu tengok grill rupanya dah terkopak. semua freaked out terus lari naik bilik masing-masing. laci bilik saya dah terkeluar. bilik along tak ada apa-apa. tapi bilik ibu...

ni lah rupanya bila pencuri masuk rumah...


habis semua barang-barang kemas. gelang nak bagi bakal kakak ipar untuk batal air sembahyang pun lesap...

respect lah ibu abah sebab cool je. saye ni dah bebakul-bakul sumpah seranah. last-last baru istighfar balik. tapi tahu hati diorang rasa macam-macam. otak pikir macam-macam. semua barang-barang kemas tu simpanan utk masa depan. plus minggu depan je dah nak majlis kahwin along. ...

nasib baik angah ikut kami balik kampung even pada mulanya tak nak ikut sebab ada keje. tak tau lah ape jadi kalau angah ada kat rumah sorang-sorang...

apa-apa pun bersyukur sangat hanya harta benda saje yang tak dapat diselamatkan even gadget semua diorang tak curi. dah report kat polis dan forensik pun dah datang. tak boleh nak buat apa-apa sbb dorang tak boleh trace ape-ape kesan cap jari. pencuri siap putuskan elektrik maybe pikir kitorang ada alarm...

sedih sangat tak dapat nak tolong ibu abah sebab saya sendiri tak ada lagi duit simpanan. dan dari dulu memang tak minat emas. saya prefer silver. barang-barang emas saya dan kakak yang dari kecik semua kat ibu. semua tu pun settle...

hmm entah lah. rase shock gila sbb ni first time jadi kat kitorang. rase mcm malas je nak pegi keje. tapi yang penting life must go on..

memang tak ada rezeki kami untuk simpan barang-barang kemas tu. dan rezeki haram pencuri sebab dapat byk emas. terus tak pandang benda lain dah..

dugaan betul. Tuhan kalau nak tarik nikmat sekelip mata je. insyaAllah ada hikmah disebalik ape yang jadi. doa-doa jugak kot-kot pencuri tu insaf dan pulangkan balik semua tu...

al-fatiha utk arwah rara zikry. condolences to her family...