Thursday, September 29, 2011

first time in my life.

salam.

Alhamdulillah 24hb september yang lepas, i'm officially a degree holder. :')

Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (Pengajian Multimedia)

terima kasih kepada semua yang tak henti-henti mendoakan saye.

tunggu gambar mcm2 style. nanti nak showoff kat sini. ;p

Thursday, September 22, 2011

ni hao ma. :D

salam.

hujung minggu yg lalu, saye dan family dapat menghabiskan mase di negara orang. kami dah fly ke beijing china.

flight pagi pukul 8 and sampai dlm pukul 3. kitorang pegi ramai-ramai dengan kawan-kawan ofis abah ikot agensi.

ni bergambar lepas check imigresen. lepas tu dgn harapan boleh gune hp. haha.. tapi sebenarnye boleh gune. cuma lambat tahu. mahal pulak tu. ;p


lepas tu culture shock bile toilet sane takde paip. so mcm kene amek air dalam botol dari sinki luar and bawak masuk toilet masing-masing. no wonder tisu bersepah-sepah. hehe. and dorang sane sgt lah kasar. nasib baik pegi negara asia je. so ketinggian semua average je. kalau pegi negara-negara eropah, mau jadi orang katik dikelilingi gergasi. hehe.

depa kat sane still lagi naik basikal or motor tapi ada pengayuh mcm basikal.


then mcm-mcm jenis anjing dorang bela. semua stok comel-comel. even ajing terbiar pun comel je. takde lah berkurap ke ape.

mule-mule skali tgk akrobatik. dorang combine kan semua lah taichi, kungfu jadi akrobatik. meh nak bagi sneak peek.


ni first time kitorang makan kat kedai cina. tapi halal punye ok. beijing sekarang memang tengah musim autumn 20 darjah celcius. sejok gile angin bertiup.

esoknye kami melawat tian-nan-mei square. ada pernah jadi pemberontakan beramai-ramai kat sini. tapi sebab china masih mengamalkan sistem komunis, ramai kene tembak mase tu sebab nak relaikan perhimpunan tu. komunis mane nak orang melawan kan. gambar yang besar kat belakang tu gambar mao zedong, pengasas komunis china.


lepas tu kitorang pegi melawat kota larangan ( forbidden city ). binaan ni ada 9999 bilik untuk gundik-gundik maharaja dulu. memang tak lah nak jalan sampai hujung sebabnye semua same je. bilik-bilik tidur je dan jauh. dewan and kamar utama dah tutup. barang-barang ori semua dah pindah ke taiwan.

china terkenal dengan kain sutera. so kitorang pegi melawat satu tempat yang popular dengan kain sutera asli. tengok lah dari kepompong boleh jadi kain sutera yang lembut gila.


ari ahad pulak, kitorang pegi tempat jed. batu jed sangat digemari org cina sebab dipercayai boleh membantu blood circulation. so sihat je lah memanjang.

depa sane pun ada penghasilan mutiara. tapi fresh water pearls. so dalam tiram ada banyak mutiara. kalau ikutkan tiram laut ada seketul je.

then, event yang paling ditunggu-tunggu. pegi the great wall.


tak sangke pulak tembok yang sepanjang 6000km ni rupenye terdiri drpd tangga-tangga. mane tak jenuh memanjat. haha. tapi takpe sanggup. once in a lifetime punye experience ni. tapi confirm lah tak sampai habis. cukoplah sampai menara tinjau dia je.


malam tu pegi hard rock cafe.

hard rock cafe malaysia pun tak pernah pegi. tetibe je dah kat hard rock cafe beijing. hehe.

isnin kitorang pegi bird nest stadium yang digunakan untuk olimpik 2008.

kitorang amek gambar dari jaoh je sbb dah tutop stadium ni. nak buat jadi mall kot dengar nye nanti.

mesti korang pernah dengar teh cina or chinese tea. tawar je kan rasenye. so memang kat sini minum air teh cina je. takde teh tarik or teh ais tau. hehe.

kat beijing, daerah niu jie je yang majoritinye beragama islam.

jadi kat sini je lah baru rase mcm tenang je since toilet ada paip. haha. masjid niu jie ni jugak masjid yang tertua and terbesar di beijing. dorang kat sane solat tak pakai telekung. cukop sekadar berpakai lengan panjang, kaki dan kepala bertutop teros je solat.

last day, selase. rase mcm sedih pulak. seronok dok negara org yg sejok ni. tidor tak payah gune aircond. hehe.

and beg masing-masing semua dah beranak pinak. masing-masing tetiba ada extra luggage. luckily untuk mas airlines sorang maximum 30kg.

ni name saye dalam tulisan cina.

terima kasih ya Allah atas kesempatan ini. dapat tengok negara orang. sepanjang kat sane asyik teringat je ' hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. lebih baik negara sendiri'

semalam dah pegi raptai konvo.harap-harap takde pape yg tak diingini hari konvo yang sebenar. amin.

sekian. xie xie (thank you)


Wednesday, September 21, 2011

beraya.

salam.

" mari puji memuji kepada Tuhan
insafi nikmat diberi di hari raye "


nape lah lagu-lagu raye sekarang mcm tak mantap sgt mcm lagu raye dulu-dulu. tapi saye suke lagu ziana zain dgn awie halaman asmara. lagu raye tapi sikit rock sbb awie kot. haha. dan lagu khairil johari johar sepasang kurung biru. gile syahdu seh lagu tu. huhu. ok abaikan.. hehe.


ni nak becerita pasal saye beraye. eh sape lah yang tak seronok beraye ye tak. ni kire satu nikmat hari raye jugak kan. hehe.

ni first day saye beraye.


ada lah beraye beberape rumah sampai terberaye dekat putrajaya nun. and ape lagi bergaye tongah-tongah jalan siap. haha.


time ni kitorang buat makan-makan sendiri. potluck lah. bawak makanan pastu makan ramai-ramai. mcm jamuan kelas kan. hehee.

yg ni pulak beraye sampai ke slim river perak. pun ada makan-makan.

ni je lah gambar-gambar terkumpul. lame dah tunggu gambar diupload. teringat pulak dulu kecik-kecik suke beraye jugak. sanggup jalan kaki pegi rumah ke rumah. mase-mase mcm ni lah nak erat silaturrahim kan.

sekian. babaii.

Monday, September 12, 2011

makan-makan for friends.

salam

Alhamdulillah sabtu lepas 10 september 2011 telah selamatnya satu upacara makan-makan sempena hari raye bertempat di rumah saye. ni makan-makan utk kawan-kawan abang saye, kakak saye dan saye. so kire kecik-kecik je...

ni kawan-kawan saye yg hadir...

terima kasih kat semua yg datang. maaf kalau ada ape-ape kekurangan. yang tak dapat datang tak ape. tak ada rezeki. jumpe raye tahun depan lagi ye semua.. :D


Monday, September 5, 2011

potret hari raya.

salam.

sekejap je skg dah raye ke-7. padahal hari tu mcm baru je rasa 1 syawal.

ape-ape pun ni nak kongsi gambar-gambar raye kami 1 family. kat facebook tu banyak gile orang upload gambar raye. semua lawa-lawa. best nak stalk. hehee...

ni raye pertame..

2010

2011
ni pulak raye kedua...

2010

2011

sampai raye kedua je kitorang slalu nye amek gambar style nak buat potret family. hari lain mmg dah freestyle. balik-balik saye dgn kakak je lah dok camwhore same-same. haha...


semalam baru pegi beraya rumah kawan-kawan. nikmat hari raye dapat jumpe semua kawan-kawan and have fun. :D

ok tu je. boboii.