Tuesday, November 27, 2012

tanggungjawab selepas berkahwin.

salam...

konklusi saya dari pembacaan buku dan tontonan televisyen...

turutan tanggungjawab suami

1. Allah
2. Ibu/Emak/Ummie/Mama
3. Isteri



turutan tanggungjawab isteri

1. Allah
2. Suami
3. Ibu/Emak/Ummie/Mama




semua ni kita (suami dan isteri) kene sama-sama faham. Wahh kita? Hikhik gelak gatal.

sekian, wallahualam. Babai.

Thursday, November 22, 2012

Cara ajal menjemput.

Salam...

Korang mesti pernah baca suratkhabar atau tengok tv pasal orang mati kene bunuh, orang mati dibunuh lepas dirompak, orang mati dibunuh lepas dirogol, orang mati tiba-tiba/mengejut, orang dah mati 3-4 hari dalam rumah sendiri...

Korang pernah terfikir tak macam mana pulak keadaan korang masa ajal datang menjemput? Umur berapa agaknya kita ni meninggal dunia nanti? Sedangkan ada baby yang tak sempat nak hidup walau satu hari...

Berdoa sangat apa pun Tuhan dah tentukan ajal kita, semoga kita masih dalam Islam, meninggal sebagai seorang muslim yang sempat mengucap dua kalimah syahidah sekalipun hanya dapat menyebut "Allah"

نعوذ بالله من ذلك

Jadi ditulis di dalam abdjad rumi “nauzu billahi min zalik” yang membawa maksud: “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”


Anak pertama.

Salam..

Bila berborak-borak dengan ibu abah kadang-kadang terkeluar cerita time kitorang adik beradik kecik dulu. Macam-macam cerita lawak lah sedih lah kesian lah. Tapi kebanyakkan cerita pasal along yang abah ibu ingat. Yelah sebab along kan anak first. Aduhaii mengada nak jeles haha.

Takpelah. Nanti kalau ada rezeki ada anak sendiri nak tulis diari cerita pasal dorang semua. Tu pun kalau anak tak ramai. Takdelah jenuh nak ingat semua peristiwa sampai terkonfius eh tu cerita pasal anak yang mana ek haha.

Eii ape ni dah cerita pasal anak. Amboi kemain gatal nye perasaan perempuan ni haha.

Tu je nak cerita. Babai.

Sunday, November 18, 2012

Pray for gaza.

Pengomen.

Salam..

Aku ni salah sorang yang suka baca komen-komen orang lain. Mana-mana post dalam laman sesawang aku akan tengok komen-komen dari komentar. Dari blog, facebook, instagram sampai lah youtube.. Baca komen orang kadang-kadang lebih menarik dari post tu haha

Macam-macam jenis pengomen tau sebenarnya. Aku tak pandailah nak mengkategorikan pengomen ni macam mana haha

Ok sebenarnya aku buat post ni nak cakap pasal pengomen kehidupan artis.

Ni satu situasi... Ada sorang artis perempuan tangkap gambar tengah merokok. Dan kat situ ada lah bermacam-macam komen.

Salah satunya akan ada yang puji "wow! What a cool pic!" ok selalunya pengomen ni spammer je.

Pastu ada komen "sukalah gambar ni. Cool gilerr! Kak ***** cantiklah" ni pengomen fan fanatik.

Bawah sikit ada komen "akak smoking? Tak elok tau merokok kak."
Lepas je komen bagi nasihat 'tak elok merokok' berjela lah komen fan fanatik yang lain...
"alahai dah dtg ustazah"
"takpe kak. Smoking tu tak haram pun" "Kalau tak suka org smoking tak payah lah tengok gambar ni"
"ala smoking je kot. Bukan minum arak"
Semua komen berjela tu dok attack sorang fan yang bagi nasihat. Ni belum lagi kalau ada komen yang kondem habis perilaku si artis tu smoking.
"eh kak **** smoking? Euuww"
"kak **** perempuan s****!"
Ataupun bagi nasihat islamik
"kak. Ada hadis mengatakan rokok haram sebab memudaratkan"
laaaagiiilaaahh bersepah fan yang akan defend artis tu.

Aku tak berapa gemar lah orang yang dok defend artis kalau benda tu mmg salah. Padahal si polan tu bagi nasihat elok-elok. Yang respon bukan artis tu pun fan yang konon-konon 'cool' dan 'open minded' yang melebih-lebih mengeluarkan statement. Membodek. Bila gambar-gambar kontroversi macam situasi ni memang byk lah bilangan komennya. Bila baca rupanya banyak yang dok reply komen jenis positif.

Lagi satu kalau tengok beautifulnara. Baca komen rasa macam nak mintak je abang nara tu unable kan komen. Semua stok nak down-grade kan orang lain. Lepas tu tak ada kaitan tapi still nak komen sebab nak mengutuk.

Tu lah macam2 perangai manusia ni.

Ok lah. Tu je nak post. Wassalam.
Tata

Wednesday, November 7, 2012

'hakim dunia'



"I don't like what you are doing, but I won't insult you for it. You know why? Because who you are tomorrow may be better than who i am today" - Tariq Ramadan