Tuesday, November 27, 2012

tanggungjawab selepas berkahwin.

salam...

konklusi saya dari pembacaan buku dan tontonan televisyen...

turutan tanggungjawab suami

1. Allah
2. Ibu/Emak/Ummie/Mama
3. Isteri



turutan tanggungjawab isteri

1. Allah
2. Suami
3. Ibu/Emak/Ummie/Mama




semua ni kita (suami dan isteri) kene sama-sama faham. Wahh kita? Hikhik gelak gatal.

sekian, wallahualam. Babai.

Thursday, November 22, 2012

Cara ajal menjemput.

Salam...

Korang mesti pernah baca suratkhabar atau tengok tv pasal orang mati kene bunuh, orang mati dibunuh lepas dirompak, orang mati dibunuh lepas dirogol, orang mati tiba-tiba/mengejut, orang dah mati 3-4 hari dalam rumah sendiri...

Korang pernah terfikir tak macam mana pulak keadaan korang masa ajal datang menjemput? Umur berapa agaknya kita ni meninggal dunia nanti? Sedangkan ada baby yang tak sempat nak hidup walau satu hari...

Berdoa sangat apa pun Tuhan dah tentukan ajal kita, semoga kita masih dalam Islam, meninggal sebagai seorang muslim yang sempat mengucap dua kalimah syahidah sekalipun hanya dapat menyebut "Allah"

نعوذ بالله من ذلك

Jadi ditulis di dalam abdjad rumi “nauzu billahi min zalik” yang membawa maksud: “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”


Anak pertama.

Salam..

Bila berborak-borak dengan ibu abah kadang-kadang terkeluar cerita time kitorang adik beradik kecik dulu. Macam-macam cerita lawak lah sedih lah kesian lah. Tapi kebanyakkan cerita pasal along yang abah ibu ingat. Yelah sebab along kan anak first. Aduhaii mengada nak jeles haha.

Takpelah. Nanti kalau ada rezeki ada anak sendiri nak tulis diari cerita pasal dorang semua. Tu pun kalau anak tak ramai. Takdelah jenuh nak ingat semua peristiwa sampai terkonfius eh tu cerita pasal anak yang mana ek haha.

Eii ape ni dah cerita pasal anak. Amboi kemain gatal nye perasaan perempuan ni haha.

Tu je nak cerita. Babai.