Wednesday, December 5, 2012

'Do not hear', 'Do not speak' and 'Do not see'.

salam

hari ni baru tengok video uploaded on youtube "Sanzaru by Adam Sinclair"



selama 14:56 duration video ni sepanjang tu jugak lah aku terfikir yang aku ni tergolong dalam orang malaysia yang simpati tapi empati. dulu kat sekolah kitorang diajar supaya 'empati bukan simpati'. empati maksudnya hayati atau selami perasaan orang. tapi dalam konteks 'empati bukan simpati' ni ikut apa yang aku faham ialah kalau contoh ada orang jatuh longkang, kita terus tolong dia. takdelah kita just tengok tapi dok 'eh ala kesiannya dia jatuh longkang' sambil berlalu pergi ataupun buat-buat tak nampak. contoh lagi, bila ada orang tua naik pengangkutan awam dan takde tempat duduk kita just 'alahai kesiannya orang tua tu' tanpa kita bagi dia seat kita dengan harapan orang lain yang akan bagi seat.

time kat Beijing China dulu, tourist guide sana pernah cerita orang-orang kat sana bila nampak orang jatuh tengah jalan ke kene rompak ke dorang tak tolong. first sebab dorang takut tu semua fraud. takpun dorang takut nanti dorang terinvolve sekali dengan masalah orang lain. bila dengar cerita macam dalam hati ni doa sangat kat malaysia tak lah teruk macam tu sekali...

tetiba dang! ada satu berita, tak ingatlah bila dan kat mana jadi. aku dengan abah tengok berita kat tv yang ada sorang autie cina ni kene rompak then kene tendang sampai dia terbaring tak boleh bangun. lepas tu ada orang lalu lalang kat tempat tu.. oh baru teringat! kejadian tu kat kawasan flat. orang yang lalu lalang tu tak tolong langsung auntie tu! time aku dengan abah was like... "Allah! Malaysia dah jadi macam kat Beijing!".

korang mesti pernah dengar/tengok yang pasal budak kene langgar dengan lori yang takde orang tolong budak tu walhal berbelas orang kot lalu kat situ. last-last mak cik cleaner yang tarik budak tu ke tepi then tak lame lepas tu baru mak budak tu datang. tu kat China lagi. alaa ada cerita/video dulu pernah kecoh. tapi takdelah lame sangat dalam tahun ni jugak.

Ya Allah doa sangat kita ni sama-sama jadi orang Malaysia yang nak tolong orang lain. tak nak lah sampai orang buat jahat atau tak betul depan kita pun kita buat tak tahu je. contoh-contoh ni semua ada dalam video Sanzaru ni. kudos to Adam Sinclair who pointing this out.


tak kisahlah famili kita atau orang lain. kalau ada orang bermasalah kita jadi prihatin dan nak menolong. tapi janganlah prihatin tengok orang eksiden sampai jem panjang berjela.

sekian, babai


Tuesday, November 27, 2012

tanggungjawab selepas berkahwin.

salam...

konklusi saya dari pembacaan buku dan tontonan televisyen...

turutan tanggungjawab suami

1. Allah
2. Ibu/Emak/Ummie/Mama
3. Isteri



turutan tanggungjawab isteri

1. Allah
2. Suami
3. Ibu/Emak/Ummie/Mama




semua ni kita (suami dan isteri) kene sama-sama faham. Wahh kita? Hikhik gelak gatal.

sekian, wallahualam. Babai.

Thursday, November 22, 2012

Cara ajal menjemput.

Salam...

Korang mesti pernah baca suratkhabar atau tengok tv pasal orang mati kene bunuh, orang mati dibunuh lepas dirompak, orang mati dibunuh lepas dirogol, orang mati tiba-tiba/mengejut, orang dah mati 3-4 hari dalam rumah sendiri...

Korang pernah terfikir tak macam mana pulak keadaan korang masa ajal datang menjemput? Umur berapa agaknya kita ni meninggal dunia nanti? Sedangkan ada baby yang tak sempat nak hidup walau satu hari...

Berdoa sangat apa pun Tuhan dah tentukan ajal kita, semoga kita masih dalam Islam, meninggal sebagai seorang muslim yang sempat mengucap dua kalimah syahidah sekalipun hanya dapat menyebut "Allah"

نعوذ بالله من ذلك

Jadi ditulis di dalam abdjad rumi “nauzu billahi min zalik” yang membawa maksud: “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”